Penggunaan KPI untuk Peningkatan Produktiviti & Pengurusan Modal Insan Secara Berkesan

Premium Add to Favourites
Price: RM 1,580.00
Contact GMDC INSPIRASI
Azrol, Ravi atau Seri untuk mendaftar atau kursus inhouse:
Tel: 03-3343 2180
Email : gemilang2020@gmail.com

Description

Penggunaan KPI untuk Peningkatan Produktiviti & Pengurusan Modal Insan Secara Berkesan- CPD 16Jam

Tarikh : 15 & 16 January 2014 - Park Royal Hotel, Kuala Lumpur

Yuran Latihan – RM1,580.00 

- Yuran latihan termasuk minum petang dan pagi, makan tengahari, peralatan dan nota latihan serta Sijil Kehadiran.  

 

Setiap Pendaftaran 3 peserta akan mendapat percuma 1 pendaftaran seterusnya.

 

Pakej termasuk :

  • Sampel KRA/KPI
  • 5 Buah Buku – Pengurusan Prestasi, KRA/KPI & Intervensi Prestasi
  • Sesi Follow-up Percuma – Dalam Tempoh 30 Hari

 

Pengenalan

Ramai pihak pengurusan sedar bahawa konsep NKRA dan KPI semakin popular digunakan oleh pihak swasta dan kerajaan sejak kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, ianya sudahpun mula digunakan sejak awal tahun 2000. Pihak pengurusan yang telah menggunakan system ini telah mengecapi pelbagai faedah dan pulangan kepada ROI organisasi masing-masing, terutamanya peningkatan produktiviti serta hasil kerja.

 

Adakah anda tahu bahawa KRA/KPI dapat digunakan dalam 9 cara untuk mempertingkatkan keberkesanan organisasi :

 

  1. Pengambilan Pekerja secara lebih baik
  2. Pembaikan dalam Fokus Kerja
  3. Perancangan Latihan secara lebih berkesan
  4. Peningkatan keberkesanan pengurusan dan pekerja
  5. Peningkatan dalam Hasil Kerja & ROI organisasi
  6. Memudahkan Intervensi Prestasi
  7. Memudahkan Pengendalian Masalah Disiplin & Prestasi Kerja
  8. Meningkatkan Kualiti Kaedah Penilai Prestasi Keseluruhan
  9. Menambah baik Sistem Pengurusan Prestasi yang Menyeluruh

 

Kursus 2 Hari ini akan memberikan ilmu dan kemahiran kepada pihak pengurusan mengenai kepentingan sistem ini, serta membolehkan para peserta menulis dan melaksanakan sistem KPI bagi jabatan masing masing.

 

Objektif  Latihan

Objektif yang akan dapat dicapai melalui kursus ini adalah :

  • Memberikan pengetahuan mengenai Sistem KRA/KPI dan kaitannya dengan Sistem Pengurusan Organisasi
  • Memberikan kesedaran mengenai kepentingan bagi setiap organisasi untuk menerapkan Sistem KRA/KPI sebagai sebahagian dari Sistem Pengurusan Prestasi organisasi
  • Membolehkan para peserta memperolehi kemahiran dalam menulis dan membangunkan KPI bagi organisasi, jabatan dan kakitangan masing-masing
  • Membolehkan para peserta menggunakan Sistem KRA/KPI dalam pelbagai aktiviti pengurusan ; pengrekrutan, intervensi prestasi, disiplin pekerja, penilaian prestasi dan lain-lain.
  • Mendedahkan Sistem Penilaian Prestasi yang berkesan yang sepatutnya digunakan dalam organisasi yang ingin meningkatkan keberkesanan dan membangun.

 

Kursus ini Sesuai untuk :

Pemilik Organisasi Perniagaan dan Bukan Perniagaan, Pengarah Urusan, Ketua Eksekutif, Pengurus Besar, Para Pengurus dan Eksekutif

 

Metodologi Latihan – Kaedah Penyampian

Syarahan, Sesi Bengkel, Perbincangan, Analisa Kes dan Pembentangan

 

Isi Kandungan Kursus

1.     Pengenalan Kepada Sistem KRA/KPI

  • Pengenalan Kepada Pengurusan Prestasi
  • Mengenali Sistem KRA/KPI
  • Imbasan Kepada Sistem Kompetensi
  • Sistem KRA/KPI lawan Sistem Kompetensi
  • Amalan Terbaik Yang Terkini

2.     Penggunaan Sistem KRA/KPI dalam Organisasi

  • Tahap 1 – Penstafan
  • Tahap 2 – Keperluan Pembangunan Kompetensi
  • Tahap 3 – Intervensi Prestasi
  • Tahap 4 – Hubungan Pekerja (Masalah Prestasi & Disiplin)
  • Tahap 5 – Penilaian Prestasi
  • Tahap 6 – Pembangunan Pekerja

 3.     Kaedah Membangunkan KRA/KPI

  • Memahami terma asas dalam Sistem KRA/KPI
  • Memahami Pengkelan Data Bagi KRA/KPI
  • Mengenali format KRA/KPI
  • Kaedah Menulis KRA/KPI Organisasi
  • Kaedah Menulis KRA/KPI Jabatan
  • Kaedah Menulis KRA/KPI Individu

4.       Penggunaan KPI dalam Peningkatan Prestasi

 

  • Pemantuan Prestasi lawan KPI
  • Kaedah dan Teknik Pemantuan
  • Pengurusan Visual
  • Format Laporan
  • Perisian Pemantuan Prestasi

 5.     Penggunaan KPI dalam Peningkatan Prestasi

 

  • Konsep Pengurusan Prestasi Berterusan
  • Pemantauan Prestasi
  • Memahami Jurang Prestasi
  • Intervensi Prestasi – Pekerja Baru
  • Intervensi Prestasi – Pekerja Bermasalah
  • Intervensi Prestasi – Pekerja Cemerlang
  • Intervensi Prestasi – Pemecatan Pekerja

 6.     Penilaian Prestasi Menggunakan KRA/KPI

 

  • Mengenali Sistem Penilaian Prestasi Pekerja
  • Penilaian Kompetensi lawan Penilaian Hasil Kerja
  • Format Borang Penilaian Prestasi KRA/KPI
  • Kaedah Pengiraan
  • Laporan Hasil Penilaian

7.     Kaedah Pelaksanaan Sistem KRA/KPI Secara Berkesan

 

  • Langkah-Langkah Pelaksanaan
  • Pelaksanaan untuk Pekerja Sedia Ada lawan Baru
  • Faktor Menentukan Kejayaan Sistem KRA/KPI
  • Pelan Tindakan 30 Hari Selepas Latihan

 

 

 

 

 

 

Biodata Ketua Kursus 

 

 

 

Encik Rajkumar

 

  • Ketua Eksekutif Bersama SEGi, Cleverbridge, Gemilang & X Power Event
  • B.Econs  (Hons), MSc. HRD, Adventure Learning, EQ Certified
  • Pengarang 3 Buah Buku – Pengajian Perniagaan & Keusahawanan

 

 

 

 

 

En. RajKumar mempunyai pengalaman lebih dari 17 tahun dalam bidang korporat dan pembangunan potensi individu.  Pendedahan beliau dalam alam pengeluaran bermula pada tahu 1991, apabila dijawat sebagai penyelia di Yeo’s Tebrau. Pengalaman beliau dalam bidang korporat bermula pada tahun 1995 sebagai Pengurus Penyelidikan di sebuah Syarikat Pembangunan Hartanah anatarabangsa, dan seterusnya bertugas sebagai Jururunding di sebuah firma kedua terbesar di Malaysia yang menganjurkan persidangan, program-program pembangunan diri dan khidmat jururunding.  Pada usia 32, beliau bertugas sebagai Ketua Eksekutif di sebuah Pusat Pengajian Tinggi Swasta yang disenaraikan di BSKL. Kini, beliau merupakan Pengarah sebuah Pusat Jururunding & Latihan Korporat, dan terlibat secara aktif dalam program Teambuilding .

 

Dalam bidang Latihan & Pembangunan, En. RajKumar berkepakaran dalam Pengurusan Prestasi, bidang Pembangunan Jualan, Motivasi, Bina Pasukan Berprestasi tinggi & Pasukan, Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Perubahan & Pembangunan Organisasi.

 

Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Jururunding Prestasi bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam perindustrian, pendidikan dan perkhidmatan. Kesemua perkhidmatan jururunding ini melibatkan beliau menyediakan Sistem Pengurusan Prestasi yang Menyeluruh, Membangunkan KRA/KPI, Pelan Tindakan, Pemantuan Prestasi dan Intervensi Prestasi. Melalui kepakaran beliau, kesemua syarikat berjaya meningkatkan produktiviti dan ROI organisasi masing-masing.

 

Beliau telah banyak menjalankan pelbagai kursus bagi banyak syarikat-syarikat di Singapura, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Di antara organisasi yang telah beliau terlibat dalam bidang latihan & pembangunan adalah Bank Negara, Maybank, Procter Gamble, Top Glove, Petronas, SOGO Steel, Malaysia Institute of Accountant, MAS Cargo, Sime, Titan PP Polymer, Shum Yip Leong Rubber, Maybricks, GN Technology, HKT, Eastern Press, Sam Long Chemical, WCT Engineering, Plastik V, Rubelli, PEPS_JV, Erapoly, Barwil, Lumut Resort, Digi, MARDEC, CIBA Vision, Escatech, BASF Petronas dan banyak lagi.

 

RajKumar memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana Sains, khusus dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau adalah pengarang 3 buah buku dalam Bahasa Melayu dalam bidang perniagaan yang merangkumi aspek-aspek seperti Keusahawanan, Pengurusan, Pemasaran & Kewangan.

Specific details

Cost Non-HRDF Claimable
Start 2014-01-15
Duration (Days) 2
Venue Park Royal Hotel, Kuala Lumpur
Early Bird Discount No
Group Discount Yes
Who Should Attend Pemilik Organisasi Perniagaan dan Bukan Perniagaan, Pengarah Urusan, Ketua Eksekutif, Pengurus Besar, Para Pengurus dan Eksekutif

Location

Kuala Lumpur, Malaysia
Park Royal Hotel, Kuala Lumpur

Comments